Fadhilat

Sunday, November 19, 2006

Keistimewaan Ramadhan...

SYURGA AKAN DIHIAS SEMULASegala keindahan yg terdapat disyurga tidak dpt dibayangkan, segala persepsi manusia terhadap keindahannya tidak tepat kerana ia lebih hebat lagi.haruman syurga juga akan ditambah. ia boleh diciumsejauh 40 tahun perjalanan.
2. BIDADARI DICIPTA OLEH ALLAHbidadari merupakan penghias syurga. mereka tidak dilahirkan oleh sesiapa tetapi dijadikan oleh Allahkhusus untuk kaum lelaki yg beriman kepada Allah swt ketika di dunia. balasan ini akann diperolehi merekasemasa didlm syurga.
3. ALLAH AKAN MENYERU SEBANYAK 3 KALIPada mlm pertama Ramadhan bahkan pada setiap mlm Allahakan berseru sebanyak 3 kali: "Adakah disana sesiapa ingin meminta sesuatu lalu Aku akan berikan. Adakah disana org yg ingin meminta keampunan nescaya aku akan ampunkan dosanya. Adakah disana org yg ingin bertaubat kpd Allah swt maka Aku akan menerima taubat".
4. IKANN DI AIR AKAN MEMINTA AMPUN untuk org yg berpuasa ssehingga waktu berbuka.
5. AKAN DIAMPUNKAN SEGALA DOSA abila mlm terakhirbulann Ramadhan.
6. BAU MULUT ORG BERPUASA LEBIH WANGI drpd baukasturi

Wednesday, November 08, 2006

Penawar Jiwa Zikirullah


Setiap jiwa merindui kebenaran Ilahi, kerana di sebalik kerinduan itu tersimpan kenikmatan yang paling indah, yang sangat sukar untuk diucapkan dengan kata-kata. Hanya jiwa yang beriman dalam meneguk makrifatullah yang dapat merasakan betapa agungnya jiwa yang mahmudah.
Setiap kemaksiatan adalah racun di dalam hati yang merosak kesucian jiwa seseorang, kerana ia rindu berbuat dosa yang akan mewariskan kehinaan. Oleh sebab itu, meninggalkan dosa bererti menghidupkan jiwa dan memancarkan cahaya keimanan di celah-celah sanubari insan.
Imam Ali bin Abi Talib berpesan: "Tenangkanlah hati dalam waktu-waktu tertentu, kerana jika hati itu merasa letih ia akan menjadi buta". Kemudian Ibnu Munkadir berkata: "Bagiku nikmat dunia ini hanya ada pada tiga perkara, qiamullail, silaturrahim dan solat berjemaah". Wahai insan yang beriman, renungkanlah dirimu agar kamu mengetahui hakikat dirimu sendiri, dengan demikian kamu akan mengenali Pencipta Yang Maha Agung. Berilah penawar dalam jiwa agar ia tetap suci dan tunduk pada Ilahi.

Pahala Membaca Al Quran

Allah s.w.t. yang maha pemurah memberi pahala yang amat besar kepada orang yang membaca al quran, tiap-tiap huruf ada pahalanya dan tiap-tiap satu ayat pun ada ditentukan pahalanya yang tidak sama antara satu dengan yang lain Pahala tiap-tiap huruf al Quran di jelaskan dalam sebuah hadis dari Ibnu Masud r.a. dari Rasulullah s.a.w.
DARI IBNU MASUD R.A. TELAH BERKATA BAHAWA RASULULLAH S.A.W. TELAH BERSABDA ;"BARANG SIAPA MEMBACA SATU HURUF DARIPADA KITABULLAH MAKA BIGINYA SATU KEBAJIKAN DAN TIAP-TIAP KEBAJIKAN SEPULUH KALI GANDANYA.AKU TIDAK MENGATAKAN ALIF LAM SATU HURUF TETAPI ALIF SATU HURUF, LAM SATU HURUF DAN MIM SATU HURUF."
Mengenai pahala tiap-tiap ayat telah di sebut dalam beberapa hadis antaranya yang di riwayatkan daripada ABI HURAIRAH R.A. Rasulullah s.a.w. bersabda "SESIAPA YANG MEMBACA AL QURAN SEPULUH AYAT DALAM SATU MALAM TIDAK DI MASUKKAN KE DALAM GOLONGAN YANG LALAI" DARI ABI HURAIRAH R.A. KATANYA, TELAH BERKATA RASULULLAH S.A.W."SESIAPA YANG MEMELIHARA SOLAT FARDU TIDAK TERMASUK DALAM GOLONGAN ORANG YANG LALAI DAN SESIAPA YANG MEMBACA 100 AYAT PADA SATU MALAM DIMASUKKAN KE DALAM GOLOGAN ORANG YANG TAAT." DAN MAKSUDNYA LAGI:"SESUNGGUHNYA AL QURAN INI IALAH HIDANGAN ALLAH S.W.T. MAKA HENDAKLAH KAMU TERIMA HIDANGAN ALLAH SEBANYAK MANA YANG KAMU BOLEH" AL QURAN JUGA MERUPAKAN SENJATA YANG PALING BERKESAN UNTUK MEMBERSIHKAN JIWA DAN MENYINARKANNYA. DALAM SEBUAH HADIS RASULULLAH s.A.W. BERSABDA DARIPADA IBNU UMAR R.A. BERKATA:"RASULULLAH S.A.W.TELAH BERSABDA, HATI MANUSIA AKAN BERKARAT SEPERTI BESI YANG DI KARATKAN OLEH AIR. APAKAH CARA UNTUK MENJADIKAN HATI BERSINAR SEMULA. KATANYA DENGAN BANYAK MEMGINGATI MATI DAN MEMBACA AL QURAN."

Akibat Meninggalkan Solat Berjemaah


اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ: مَا مِنْ ثَلَاثَةٍ فِي قَرْيَةٍ وَلَا بَدْوٍ لَا تُقَامُ فِيهِمُ الصَّلَاةُ إِلَّا قَدِ اسْتَحْوَذَ عَلَيْهِمُ الشَّيْطَانُ فَعَلَيْكُمْ بِالْجَمَاعَةِ فَإِنَّمَا يَأْكُلُ الذِّئْبُ الْقَاصِيَةَ. رواه أبو داود والنسائي.
Daripada Abu Darda' r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda: "Mana-mana (kumpulan yang jumlahnya) tiga orang, samada di kampong atau di pedalaman yang tidak mendirikan solat (berjemaah), nescaya mereka akan dikuasai oleh syaitan. Kamu hendaklah berjemaah, kerana sesungguhnya serigala itu memakan (ternakan) yang jauh (terpencil daripada kumpulan)”. Riwayat Abu Dawuud dan an-Nasaaiyy.

Fadhilat Solat Berjemaah

عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: صَلَاةُ الْجَمَاعَةِ أَفْضَلُ مِنْ صَلَاةِ الْفَذِّ بِسَبْعٍ وَعِشْرِينَ دَرَجَةً. رَوَاهُ الْبُخَارِيُّ وَمُسْلِمٌ.
Daripada Ibnu Umar r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sembahyang berjemaah itu lebih afdhal daripada sembahyang bersendirian dengan dua puluh tujuh kali ganda". Riwayat Bukhari dan Muslim.

Fadilat Solat Dhuha

Rasulullah bersabda yang bermaksud,
"Siapa saja yang dapat mengerjakan solat Dhuha denganistiqamah, akan diampuni dosanya oleh Allah, sekalipundosa itu seluas lautan."/
Rasulullah bersabda lagi,
[i] "Solat Dhuha itu mendatangkan rezeki dan menolakkefakiran (kemiskinan), dan tidak ada yang akanmemelihara solat Dhuha kecuali hanya orang-orang yangbertaubat."
Dari Nuwas bin Sama'an, Rasulullah bersabda;
[i] "Allah berfirman: Wahai anak Adam, jangansekali-kali engkau malas mengerjakan empat rakaat padawaktu permulaan siang (yakni solat Dhuha), nanti pastiakan ku cukupkan keperluanmu pada petang harinya." AlHakim dan Thabrani
Sementara itu di dalam hadis yang lain Rasulullahbersabda:
"Hendaklah masing-masing tiap-tiap pagi bersedekahuntuk persediaan badannya. Maka tiap kali bacaantasbih itu sedekah, setiap tahmid, setiap takbir jugasedekah, menyuruh kebaikan dan melarang kejahatan itusedekah dan sebagai ganti itu semua, cukuplahmengerjakan solat Dhuda dua rakaat." Ahmad Muslim danAbu Daud
Di dalam hadis yang lain pula diterangkan sepertiberikut:
"Bahawasanya di syurga ada pintu yang dinamakan,"Dhuha." Maka jika kamu datang hari kiamat kelak,serulah (malaikat) penyeru: manakah orang-orang yangtelah mengerjakan solat Dhuha? Inilah pintu kamu,silakan masuk ke dalam dengan rahmat Allah."Al-Tabrani

Saturday, November 04, 2006

Fadhilat Solat